Kuliah Maghrib Jemputan: Ust Kamaruzaman


Ustaz Kamaruzaman Al-Basungi telah dijemput untuk menyampaikan kuliah di Kg Bukit Ara. Beliau juga merangkap Pengarah Institut Modal Insan Terengganu atau singkatannya i-MiTS. Dalam kuliah, ustaz turut memberi beberapa peringatan sebagai seorang Muslim untuk bersiap siaga untuk hari akhirat.

Antara doa yang ustaz titipkan untuk dibaca dalam solat sebelum salam berdasarkan hadis Nabi SAW adalah :

عَن عَائِشَةَ زَوجِ النَّبِيِّ -صلى الله عليه وسلم- أَخبَرَتهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَدعُو فِي الصَّلَاةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن عَذَابِ القَبرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِن فِتنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِن فِتنَةِ المَحيَا وَفِتنَةِ المَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن المَأثَمِ وَالمَغرَمِ. فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ: مَا أَكثَرَ مَا تَستَعِيذُ مِن المَغرَمِ. فَقَالَ: إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخلَفَ. رواه البخاري في كتاب الأذان . باب الدعاء قبل السلام (789).

Maksudnya:

Daripada Saidatina Aisyah, isteri Nabi SAW mengatakan: bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solat: Ya Allah, aku mohon berlindung dari azab kubur, aku mohon berlindung daripada fitnah dajjal, aku mohon berlindung daripada fitnah orang hidup dan orang mati, aku mohon berlindung daripada hutang. Seorang sahabat bertanya: Banyak kali kamu mohon perlindungan daripada hutang. Baginda menjawab: Sesungguhnya seseorang itu apabila dia berhutang, dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji, dia memungkiri. (Riwayat Bukhari) 

-Sumber-

Doa ini dibaca sebelum memberi salam pada rakaat terakhir setiap kali solat sunat atau fardhu.




Ulasan