Jawatankuasa Surau Al-Raudhah telah berjaya menganjurkan program kacau bubur asyura dengan kerjasama ahli-ahli qaryah pada Jumaat, 11 September 2020. Gotong-royong bagi menyediakan bubur ini telah bermula sejak Khamis lagi dengan penyediaan beberapa bahan mentah untuk dimasak pada pagi Jumaat. Kerja sama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung Bukit Ara dalam menjayakan acara ini membuktikan kesatuan dan keutuhan penduduk kampung Bukit Ara. Semoga Bukit Ara terus sejahtera, aman dan sentosa.
Bubur kemudiannya selamat diagihkan selepas solat Jumaat, alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti yang amat bermakna bagi penduduk Bukit Ara ini.
Semoga semangat pemuafakatan dan kerja sama terus subur dalam jiwa penduduk Bukit Ara.
Ulasan
Catat Ulasan