Gotong Royong dan Sumbangan Pasca Ribut

Sejak dua tiga hari ini, kampung kita dilanda hujan yang lebat berbanding sebelumnya. Ia turut disusuli dengan angin kencang serta guruh dan kilat yang telah mengakibatkan beberapa saudara kita telah ditimpa ujian yang agak berat. Ada yang terkena musibah kebakaran seperti sahabat  bersebelahan kampung kita. Ada pun di kampung kita Saudara Mat Yie telah diuji dengan kerosakan pada bahagian atap di rumah beliau. Rumah Ayah Soh pula berlaku sedikit kebakaran pada meter bacaan elektrik akibat daripada litar pintas. Beberapa batang pokok juga turut tumbang di kawasan kampung kita yang merosakkan beberapa kediaman.

Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dari segi tenaga, wang ringgit dan barang keperluan.

Semoga Allah menggantikan dengan perkara yang lebih baik nanti inshaAllah.

Bukit Ara kita sentosa inshaAllah.
















Ulasan