Sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 terdapat beberapa keluarga yang terkesan dengan perintah ini. Terdapat dalam kalangan mereka yang bergaji secara harian atau sumber pendapatan mereka bergantung kepada hasil jualan harian. Bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan PKP ini, pejabat ADUN, i-Mits, orang perseorangan telah tampil untuk memberi sumbangan kepada mereka melalui MPKK Bukit Ara. Semoga sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan bebanan mereka pada hari-hari yang sukar ini.
Semoga Allah meringankan bebanan kita semua InshaAllah.
Ulasan
Catat Ulasan