Ringankan bebanan

Surau Al-Rahmah mewujudkan satu sudut untuk meringankan beban kepada sesiapa yang memerlukan. Jika ada yang memerlukan, silakan saja ambil bekalan yang disediakan di sana. Dalam masa yang sama untuk menggalakkan sesiapa yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk makanan asasi, bolehlah meletakkan barang keperluan dalam rak almari yang telah disediakan. 

Konsepnya mudah, sesiapa sahaja boleh ambil makanan dari rak almari ini dan sesiapa juga bebas untuk meletakkan makanan di situ juga.

Jom kita saling membantu antara satu sama lain.



Ulasan