Program Santai Bersama YB Ajil & Cakna Ubat KK Ajil


Khamis, 25 Julai 2019 kelmarin telah berlangsung satu program bersama YB Ajil, Ustaz Maliaman Kassim di Kampung Bukit Ara. Turut diadakan adalah Program Cakna Ubat dengan kerjasama Klinik Kesihatan Ajil. Program diadakan di Warung Kopi Faizah dalam kampung kita.  Program bermula dengan sarapan pagi bersama YB disusuli dengan sedikit ucapan aluan dan ucapan YB, kemudian diteruskan dengan program cakna ubat. Program seperti ini sangatlah bermanfaat, ia memberi kesedaran kepada penduduk tentang tatacara penjagaan dan pemakanan ubat. 

Penduduk kampung Bukit Ara mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telibat dalam program kelmarin sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga program seperti ini akan diadakan lagi bagi menjamin kampung kita sentiasa sentosa!

Terima kasih YB!
Terima kasih Kakitangan KK Ajil,
Terima kasih penduduk Bukit Ara semua!



























































Kredit kepada pemilik asal gambar.


Ulasan