Sejak bulan Ramadan baru-baru ini, kawasan Hulu Terengganu terutamanya Bukit Ara telah menerima kadar penurunan hujan yang agak tinggi. Lewat petang kelmarin, hujan lebat yang berterusan menyebabkan kawasan rendah dalam Bukit Ara dinaiki air dengan mendadak. Semoga ada jalan keluar kepada permasalahan ini nanti inshaAllah demi kesejahteraan penduduk Bukit Ara.
Pada hari yang sama juga, terdapat kejadian litar pintas di rumah En Mat Jusoh. Berlaku sedikit kebakaran dan kerosokan di rumah beliau. Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana pantas datang menghulurkan bantuan kepada penduduk Bukit Ara.
Kami mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan bagi keluarga yang menerima musibah pada hari kelmarin.
Ulasan
Catat Ulasan