Semakan akhir kepada penerima dana Raya daripada kerajaan Negeri Terengganu dilakukan selepas menunaikan solat terawih malam tadi. Ia dilakukan bagi memastikan setiap borang yang diisi lengkap dan tidak tercicir maklumat asas yang diperlukan. Terdapat juga beberapa borang yang tidak lengkap dan perlu diambil tindakan segera supaya proses penyaluran dana oleh kerajaan negeri nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Alhamdulillah kepada yang terpilih untuk menerima sumbangan pada tahun ini terutama kepada Orang Kelainan Upaya dan Warga Emas.
Ulasan
Catat Ulasan