Bersempena dengan cuti tahun baru cina, pihak MPKK Bukit Ara telah mengambil peluang bagi menganjurkan acara bulanan iaitu berjalan 10,000 langkah mengelingi kampung Bukit Ara. Antara objektifnya untuk memastikan penduduk Bukit Ara sentiasa sihat dan cergas, seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk di Bukit Ara. Aktiviti ini bermula jam 7 pagi pada masa dan tarikh yang tertentu.
Mari sama-sama kita kekal sihat!!
Selepas aktiviti berjalan 10 ribu langkah, diteruskan pula dengan gotong royong bagi mengekalkan keindahan bumi Bukit Ara yang bertuah ini.
Ulasan
Catat Ulasan