Program Anak Angkat Bukit Ara

Buat julungkalinya Kampung Bukit Ara menerima program anak angkat daripada UniSZA. Program berlangsung selama dua hari pada 23 & 24 Novermber 2018. Seramai 40 pelajar UniSZA yang terlibat dalam program anak angkat ini termasuk tiga orang dari Thailand.

Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah:

  1. Smart Solat (Untuk kanak-kanak sekolah rendah, penyertaan lebih daripada 50 orang pelajar)
  2. Sukaneka Kanak-kanak dan dewasa. (Pijak belon, tiup tepung, kerusi muzik, futsal kain pelikat, tarik tali) 
  3. Berjalan 10,000 langkah keliling kampung. 
  4. Demonstrasi cara-cara pembuatan sos oleh penduduk kampung kepada pelajar. 
  5. Gotong Royong bersih dua surau dan cat.
  6. Kuliah Maghrib Khas
  7. Ziarah dan memberi sumbangan kepada asnaf (10 buah rumah) 
  8. Gotong royong jamuan perdana 
  9. Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Ajil 
  10. Ceramah tentang ubat (Kenali ubat anda) 
  11. Demonstrasi kemalangan di dapur oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai 
  12. Demonstrasi CPR oleh Klinik Kesihatan Ajil (sewaktu majlis penutup)

Terima kasih kepada semua warga Bukit Ara yang memberi sumbangan wang ringgit dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung. Semoga ukhuwah dan silaturrahim penduduk Bukit Ara semakin kuat nanti inshaAllah.















Ulasan